Cart 0

10 Senarai Syarikat Perabot Pejabat di Malaysia 2022

10 Senarai Syarikat Perabot Pejabat di Malaysia 2022

Masih mencari syarikat terbaik yang menjual perabot pejabat? Di sini kami membantu anda dengan menyenaraikan syarikat yang menjual kelengkapan perabot pejabat seperti meja, kerusi ergonomik dan rak fail. 

Dibawah saya senaraikan syarikat dan kedai yang membekalkan perabot pejabot dengan kualiti yang terbaik. Penting untuk diingatkan bahawa senarai ini dipilih mengikut pendapat peribadi dan disusun secara rawak. 

1. Tekkashop Furniture

Perabot Pejabat Tekkashop

Tekkashop Furniture adalah sebuah syarikat komersial yang ditubuhkan sejak tahun 2015. Diuruskan oleh sepasukan pakar yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri perabot. Sentiasa memastikan setiap produk mempunyai kualiti yang terbaik sebelum di hantar kepada para pelanggan. Perabot pejabat yang dihasilkan oleh Tekkashop mempunyai pilihan yang pelbagai dan kualiti yang dijamin tahan lama. 

Koleksi perabot pejabat seperti meja dan kerusi ergonomik datang dengan pelbagai design, warna dan saiz. Sesuai dengan citarasa pelanggan yang pelbagai. Jika anda berminat dengan perabot pejabat yang moden, mempunyai fungsi dan dijamin mampu memberi keselesaan kepada pengguna, anda boleh layari website kami atau melawat showroom yang terletak di Damansara. 

2. MerryFair

Perabot Pejabat MerryFair

MerryFair mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai pengilang bahagian komponen dan seterusnya bertukar kepakaran kepada pembuatan kerusi pejabat pada tahun 1982. Bermula sebagai syarikat yang kecil, kini mereka telah menjadi sebuah organisasi dengan status kewangan yang kukuh, moden dan dynamic. Diterajui oleh pengasas yang mempunyai kepimpinan dan sentiasa memiliki visi tersendiri, Mr. Ong Hooi Lim. 

MerryFair kini telah menjadi antara pengeluar perabot pejabat yang terbesar di Malaysia. Berjaya menembusi pasaran luar negara dan mengeksport produk mereka ke tahap antarabangsa sejak tahun 1985. Anda boleh melawat showroom mereka yang terletak di Taman Perindustrian Meru, Klang. 

3. AM Office Furniture

Perabot Pejabat AM Office Furniture

AM Office Furniture ditubuhkan sejak tahun 1995. Perniagaan mereka fokus kepada industri reka bentuk dan perabot pejabat. Sentiasa menjamin setiap produk yang dihasilkan mempunyai kualiti tinggi dan fungsi yang memaksimumkan keselesaan pengguna. Produk mereka terdiri daripada pelbagai jenis kerusi pejabat, meja ergonomik, meja mesyuarat dan rak penyimpanan. Anda boleh melawat showroom mereka yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. 

4. Safari Office System

Perabot Pejabat Safari Office System

Safari Office System Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1981 dan mempunyai pengalaman lebih daripada 28 tahun dalam industri pembuatan perabot pejabat. Berjaya menempa nama ditahap global dan tersenarai sebagai salah satu jenama global yang terkenal dalam lebih 55 negara. Safari Office berjaya menghasilkan lebih 1000 produk yang terdiri dari pelbagai jenis perabot dan servis berasaskan pejabat. 

5. APEX Office Furniture

Perabot Pejabat APEX Office Furniture

APEX berjaya menempa nama sebagai antara pengeluar perabot pejabat yang tersohor di Malaysia. APEX memulakan perniagaan sebagai syarikat trading dan kini telah mentransformasikan perniagaan mereka sebagai one-stop senter bagi barangan perabot pejabat. Showroom mereka yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai 6 buah kilang di Sungai Buloh dan Kuang, Selangor. 

Sesuai untuk dikunjungi para pelanggan dan pelawat yang berniat untuk walk in dan membeli produk mereka. Sehingga kini, APEX memiliki lebih 1000 standard model dan custom design yang menawarkan keselesaan dan kualiti kepada para pelanggan dan pengguna. 

6. MATIC

Perabot Pejabat MATIC

MATIC adalah syarikat pengeluar bagi perabot pejabat di Malaysia dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang mereka dan penghasilan perabot. MATIC terkenal sebagai pengeluar perabot yang mementingkan produk mesra alam yang berbaloi dan berkualiti tinggi. 

Kesemua produk mereka dihasilkan menggunakan material yang dikitar semula dan sentiasa mengekalkan kualiti produk. Antara produk yang dihasilkan oleh MATIC termasuk kerusi, meja, workspace, rak penyimpanan dan aksesori perabot yang lain. 

7. MECO Office System Sdn Bhd

Perabot Pejabat MECO Office System Sdn Bhd

MECO ditubuhkan pada mac 2009 di Malaysia dan perniagaan mereka mengkhususkan kepada pengeluaran perabot pejabat. MECO menawarkan pelbagai jenis perabot pejabat seperti meja pejabat, kerusi pejabat ergonomic, meja konferens dan partition terbuka. Setiap produk yang dihasilkan sentiasa dijamin dengan kualiti yang terbaik. 

8. KOKUYO

Perabot Pejabat KOKUYO

KOKUYO sebuah syarikat yang mementingkan dan sentiasa mengutamakan keperluan dan kehendak pengguna. Setiap produk di reka dengan terperinci dan khusus yang menjadikan perabot mesra pengguna daripada pelbagai umur dan latar belakang. Syarikat KOKUYO menawarkan pelbagai jenis produk – menghasilkan perabot untuk pejabat, ruang publik, dan ruang komersial. 

9. Bristol

Perabot Pejabat Bristol

Syarikat Bristol mula ditubuhkan pada tahun 1983 yang menawarkan keselesaan yang optimum di tempat kerja dengan produk yang mereka hasilkan. Briston adalah jenama yang mementingkan kualiti yang tinggi, fungsi, dan design yang moden dan inovatif. Selain itu, Bristol juga adalah pengeluar perabot terkemuka yang menghasilkan perabot pejabat. 

10. AY Office System

Perabot Pejabat AY Office System

AY Office System ialah pembekal perabot pejabat professional di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 1253 orang pelanggan. Mereka menawarkan pelbagai perabot pejabat seperti meja pejabat, kerusi pejabat, kabinet dan workstation. Selain itu, AY Office System menawarkan hassle-free delivery dan pemasangan yang mudah kepada para pelanggan. 

Berikut adalah antara senarai syarikat yang menjual perabot pejabat yang terkemuka di Malaysia. Diharapkan artikel ini ‘10 Senarai Syarikat Perabot Pejabat di Malaysia 2022’ membantu dalam carian anda. Jika anda merancang dan berminat untuk membeli perabot untuk pejabat, boleh lah mempertimbangkan syarikat-syarikat yang tersenarai di atas.

Looking for new furnitures for your home or interior design project? Check out this amazing furniture website! www.tekkashop.com.my 


tekkashop-web-banner2021.gif


Contact us to find out more

Customer enquiries:
Phone: +601120641106
Email: admin@tekkashop.com.my

For more stories like this, join our Facebook community on Facebook
Need help with your order? chat with us here

About Author

Fatiha

Fatiha is a freelance content writer specialises in commercial writing, love travel and enjoy walking on the beach.



Older post Newer post